Connect with us

Hiburan

Kes Amang Seksual Terhadap Budak, Polis Buru Safiey Ilyas Dan Pipinatasha

Tindakan usahawan kosmetik terkenal dan kawannya yang ‘mengundang’ dua remaja bawah umur menyertai sesi live di Instagram membangkitkan amarah dalam kalangan warganet.

Rata-rata warganet mempersoalkan tindakan usahawan tersebut yang disifatkan sebagai ‘keterlaluan‘ dan tidak memberikan contoh yang baik kepada remaja belasan tahun.

Susulan daripada itu, seorang pensyarah dikenali sebagai Prof Madya Dr Rafidah Hanim tampil membuat laporan polis berhubung isu berkenaan. Ujar beliau, insiden seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dan penggunaan telefon bimbit wajar dikawal oleh ibu bapa.



Terkini menurut laporan Harian Metro pihak polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram Safieilyas dan Pipinatasha bagi membantu siasatan berhubung komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Advertisement

“Pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di aplikasi Instagram (IG) milik ‘safieyillias94’ yang juga hos bersama pemilik IG ‘pipinatasha’. Siaran langsung di aplikasi berkenaan membabitkan dua kanak-kanak bawah umur.”

Jelas Zaid lagi, kedua-dua mereka turut mempamerkan aksi penggunaan vape (rokok elektrik) kepada dua remaja berkenaan.

“Polis kini sedang mengesan kedua-dua suspek dalam kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.”

Pada masa yang sama, pihak polis turut menggesa kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi memberikan maklumat.

Sumber: Harian Metro & Prof Madya Dr Rafidah Hanim

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel