Friday, December 05, 2025

[VIDEO] Gadis Tergamak Jual Motor Ayah Buat Modal Beli Tiket “Flight”, Mahu Bertemu Dengan Lelaki Dikenali Dalam “Online Game”

June 10, 2021
1 min read
Please go to your Post editor » Post Settings » Post Formats tab below your editor to enter video URL.

Baru-baru ini tular satu video mengenai seorang remaja perempuan yang ‘terkandas’ di lapangan terbang setelah merasa bersalah untuk berjumpa dengan rakan yang dikenalinya menerusi permainan dalam talian.

Kejadian yang berlaku di Jambi itu pada Selasa lalu itu ‘membongkar’ satu cerita yang mengejutkan. Remaja itu dipercayai telah menjual motosikal bapanya kerana ingin berjumpa dengan rakan lelakinya itu.

Menurut Tribun Timur, remaja itu nekad bertindak sedemikian untuk membiayai perjalanannya ke Jakarta dengan menaiki kapal terbang.

Pun begitu, dia mula meragui tindakannya selepas memikirkan mengenai kedua ibu bapanya. Berseorangan di situ, dia kebingungan dan hanya mampu menangis.

Kesian melihat keadaan remaja itu, seorang perempuan, Monik, yang turut berada di lapangan terbang itu menghampirinya dan menenangkannya.



“Ketika itu saya melihat remaja tersebut seperti kebingungan, saya menghampirinya dan bertanya keadaannya. Ternyata dia dari Jambi dan hendak ke Jakarta untuk menemui rakan lelaki yang dikenali menerusi permainan dalam talian,” katanya.

Menurutnya lagi, gadis itu juga mahu pergi ke Jakarta dengan membawa wang bernilai Rp 20 juta (RM5,771), ia merupakan hasil yang diperoleh selepas menjual motosikal bapanya, lapor Detik News.

Remaja itu dipercayai memberontak dan nekad untuk berjumpa lelaki yang dikenalinya itu tetapi ia tidak diteruskan kerana keluarganya dapat mengetahui mengenai perkara tersebut setelah video mengenainya tular.

“Sebenarnya dia tetap berkeras ingin berangkat ke Jakarta tetapi mujurlah video itu tular dan pihak keluarganya datang ke lapangan terbang untuk menjemputnya. Tidak cuma itu, remaja itu juga secara tidak sengaja bertemu dengan seorang guru sekolahnya, akhirnya dia membatalkan hasrat untuk ke Jakarta,” jelas Monik.

Sementara itu, Pengurus Besar Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi, Agus Supriyanto mengesahkan bahawa remaja itu merupakan penumpang yang akan berlepas pada Selasa.

Kerana turut merasa curiga terhadap gadis itu yang kelihatan kebingungan dan tidak mempunyai penjaga, Agus juga telah membatalkan penerbangan gadis itu.

Keluarganya yang berasal dari Desa Tangkit, Wilayah Jambi, dilaporkan telah menjemputnya di lapangan terbang untuk membawanya pulang.

Sumber: Tribun TimurDetik News

HANGAT MINGGU INI

Ayah di Sibolga Tidak Berganjak dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

SUMATERA UTARA – Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan

Rakyat Thailand Terharu, Bantuan Dari Malaysia Disambut Dengan Penuh Penghargaan

HATYAI – Menerusi beberapa perkongsian di media sosial termasuk Yala Group, kelihatan