Connect with us

Global

Menyesal Tak Sudah, Wanita Gantung Anak Dekat Balkoni Sebagai Hukuman Menangis Sebelum Betul-Betul Jatuh & Disahkan Mati

Seorang ibu dituduh melakukan pembunuhan terhadap anak perempuannya yang berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kematian di bandar Saratov, Rusia.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Anna Ruzankina didakwa telah melakukan pembunuhan dengan menggantung anak perempuannya itu di balkoni sebagai hukuman kerana menangis sebelum anak perempuannya terjatuh.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), kelihatan Anna tergamak menggantung anaknya itu setinggi 60 kaki walaupun pada ketika itu anaknya telah merintih kepada ibunya kerana ketakutan sebelum terjatuh ke jalan sehingga mati.

Anna dilihat seperti menggegarkan badan anaknya yang sudah tidak bernyawa itu seolah-olah cuba menghidupkan semula ketika membawa mayat anaknya kembali ke rumah.

Advertisement



Wanita tersebut dikatakan hanya memegang baju anaknya itu semasa dia berada di tepi balkoni rumahnya. Walau bagaimanapun, baju anaknya terkoyak dan menyebabkan kanak-kanak terbabit terjatuh.

Menurut laporan Daily Star, seorang pejalan kaki yang berada berhampiran kawasan kejadian berkenaan memberitahu bahawa dia mendengar suara kanak-kanak menjerit dari tingkat atas.

“Ketika saya berpusing, saya ternampak seorang kanak-kanak perempuan berlumuran darah dan terbaring di atas jalan. Saya berlari dan terus menghubungi ambulans.”

Anna telah berjaya ditahan oleh pihak polis kerana disyaki membunuh anak perempuannya dan bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 21 tahun jika didapati bersalah.

Sumber : Daily Star

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel