[VIDEO] ‘Buka Tingkap Dah Nampak Kubur’ – Lelaki Kongsi Pengalaman 50 Tahun Berumah Di Tepi Kubur, Siap Jadikan Batu Nisan Sebagai ‘Baby’

Tular di media sosial kisah yang dikongsikan seorang pemuda ini dimana pemandangan rumahnya adalah kawasan perkuburan. Betul-betul disebelah rumah, buka sahaja tingkap dah nampak kubur.

Menerusi perkongsian video oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama Otam Blur menerusi platform  TikTok, Otam berkata rumahnya itu terletak di sempadan kawasan tanah wakaf yang digunakan untuk perkuburan Islam.

Disebabkan itu, di belakang rumahnya terdapat kubur malah tanah wakaf tersebut dinggarkan telah berusia 150 hingga 200 tahun.


“Batu nisan yang kecil-kecil ni, aku yang cabut dengan adik aku dulu. Main pondok-pondok, tak ada baby. Aku pergi bantai cabut, aku balut dengan kain, aku buat baby-baby.”

Advertisement

Apabila ditanya mengenai pengalaman misteri, Otam mengakui dia dan keluarga pernah berdepan dengan kejadian mistik tetapi bagi mereka itu adalah normal. Hal ini kerana, mereka sekeluarga sudah 50 tahun lebih menetap di situ.

“Nak kata mistik, bukan mistik kot sebab dah selalu terjadi. Dekat rumah kitaorang ni banyak bilik. Bilik yang pertama iaitu bilik mak Otam, besar juga lah. Tapi mak Otam tak tidur situ dan bilik tu dijadikan wardrobe. Bilik tu jarang digunkan. Bilik tu menghadap ruang tamu.”

“Mak Otam selalu baca Yassin dengan Al-Quran dekat ruang tamu, bila mana Subuh atau Maghrib ataupun waktu malam lah solat tahajud ke apa. Masa baca Al-Quran dan Yassin mesti ada tendangan sekali dekat pintu bilik kosong tu. Tendang pintu dengan kuat.”

Perkongsian video tersebut telah mendapat sehingga 450k tontonan dan 57k tanda suka. Malah, kebanyakan netizen turut memuji ‘keberanian’ lelaki ini berumah di tepi kawasan perkuburan.

@otamblurrrrrItu #newyork style, ini Sungai Putat Batu Berendam Melaka punye style maa.. 😏😏 #fyp #ny #funny #melaka #malaysia♬ original sound – OtamBlurrrrr

4

@otamblurrrrrReply to @kerangbulu09 ye blkng rmh sy mmg tnh wakaf utk perkuburan islam.Tnh keluarga sempadan dgn tanah wakaf ni.Misteri? Ermm ade kot heheh #fyp♬ original sound – OtamBlurrrrr
@otamblurrrrrReply to @aslezgramm_ corat coret kubor lama belakang rumah #fyp #misteri #melaka #seram #kubur♬ original sound – OtamBlurrrrr
@otamblurrrrrReply to @h.a.n.i.s.a.h mistik dah x mistik sbb selalu nau dengau org tendang pintu bilik tu bila baca Quran atau Yassin #fyp #misteri #melaka #mistik♬ original sound – OtamBlurrrrr

Sumber: Otam Blurr

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

14 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

15 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago