Connect with us

Pilihan Editor

“Alhamdulillah, Semua Dalam Keadaan Baik…” Netizen Luah Rasa Lega Ustaz Ebit Kembali Muncul Di Fb

Setelah beberapa minggu tidak mengemaskini perkembangan di media sosial ramai netizen meluahkan perasaan bimbang tentang keadaan Ustaz Ebit Lew.

Namun perkongsian terbaru Ustaz Ebit Lew melegakan netizen yang bimbang dengan keadaan beliau yang kini berada di Gaza.

Menerusi perkongsian terbarunya, beliau memuatnaik sekeping gambar dan mengatakan bahawa dia berada dalam keadaan baik serta memohon doa dari orang ramai.

“Doakan ye, Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

Advertisement



Kebimbangan mengenai keadaan Ebit Lew dibangkitkan oleh warganet kerana beliau sudah sekian lama tidak berkongsikan perkembangannya di sana.

Beliau telah berangkat ke Gaza, Palestin pada 25 Mei yang lalu dalam misi kemanusiaan untuk membantu rakyat di negara terbabit.

Menerusi perkongsiannya pada 27 Mei yang lalu, sebanyak dua trelar besar dan beberapa buah lori yang mengangkut barang keperluan asas dan ubat-ubatan telah dihantar ke hospital-hospital di Gaza.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa lega dan mendoakan agar Ustaz Ebit Lew terus selamat di sana.

 

Advertisement

Sumber: Ebit Lew

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel