“Saya Dimalukan Di Seluruh Malaysia..,” Tajuddin Bercadang Akan Ambil Tindakan Kepada Pihak Yang Memalukannya

Memetik daripada laporan berita Sinar Harian, bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Tajuddin Abdul Rahman bercadang untuk mengambil tindakan kepada pihak yang telah memalukan dan menjatuhkan reputasinya susulan daripada insiden melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Mei lalu.

Katanya, laporan-laporan yang dibuat daripada insiden tersebut terutamanya di portal berita telah mencalarkan imejnya dan memberi gambaran sebagai seorang pemimpin yang tidak sensitif terhadap mangsa yang terlibat.

“Saya dimalukan di seluruh Malaysia sebagai seorang tokoh yang tidak layak, tidak sensitif, rasis, tidak ikut prosedur operasi standard (SOP) hingga ada yang sanggup buat petisyen untuk letak jawatan,” jelasnya lagi.

Beliau juga berkata semuanya bersifat menghentam dan ada pula yang mengambil kesempatan denan melaporkan kepada polis. Kejadian ini seperti tidak adil untuknya dan berharap satu hari beliau akan kenal individu yang menghentamnya dan ambil tindakan mengikut peraturan undang-undang.

Advertisement


Ahli Parlimen Pasir Salak itu menjelaskan lagi bahawa sejak awal sidang media tersebut berlangsung, beliau melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan insiden yang berlaku.

Bahkan, Prasarana juga telah mengadakan perbincangan segera untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan menangung kos rawatan dihospital dan bantuan khas kepada mereka yang hilang pendapatan.

“Jadi di mana yang dikatakan tidak prihatin itu, saya cabar mereka lihat balik video speanjang sidang media itu dan buktikan saya tidak sensitif. Adakah disebabkan saya bergurau dan sebutkan pertembungan dua tren itu sebagai ”kiss each other”, maka itu diambil sebagai bahan bahawa saya tidak prihatin dan sensitif?”

Jelasnya lagi, siapa yang kenal beliau hanya tahu menilai dirinya daripada yang tidak mengenalinya seolah-olah ada agenda politik untuk menjatuhkan dirinya.

Beliau turut menegaskan bahawa pemecatan daripada Prasarana bukan satu maslaah yang besar untuk dirinya kerana pada tahun 1995 beliau sudah menerima nasib yang sama apabila dipecat daripada UMNO dan pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.

Advertisement

Katanya, beliau tidak ada masalah dengan perkara tersebut dan tidak berdendam malah pegangannya berani kerana benar dan biarlah masa yang menentukan kebenaran tersebut.

Terdahulu, kejadian kemalangan antara dua tren bertembung di laluan Kelana Jaya ini telah mengakibatkan 47 mangsa cedera parah dan lagi 166 mangsa cedera ringan.

Sumber: Sinar harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago