Tular Video Isteri ‘Backup’ Suami Pakistan, Dua Individu Ditahan Reman

Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita bersama suaminya warga Pakistan sedang bertengkar dengan beberapa anggota polis yang sedang menjalankan tugas mereka di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Selangor.

Terbaru, Harian Metro melaporkan, kedua-dua individu terbabit telah ditahan oleh pihak polis.

Berdasarkan video berdurasi 2 minit kelihatan seorang wanita seakan tidak berpuas hati kerana pihak polis menahan dia dan suami sedangkan dia mendakwa orang lain dibenarkan melepasi pemeriksaan.

Advertisement

Tidak terhenti di situ, suspek wanita yang berusia 42 tahun ini juga bertindak meninggikan suara sebelum berkasar terhadap anggota polis yang bertugas. Di samping itu, dia juga sempat menuduh anggota polis mengambil passport milik suaminya.

Berikutan daripada itu, pasangan suami isteri terbabit telah ditahan kerana menghalang tugas dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Difahamkan, ketika pemantauan itu dilakukan, suspek wanita telah memulakan provokasi dengan mempersoalkan pemerikaaan yang dilakukan sebelum bertindak merampas dokumen suaminya dari tangan anggota polis.

“Semasa pemeriksaan, suspek wanita berusia 42 tahun melakukan provokasi malah merampas dokumen lelaki warga Pakistan berusia 33 tahun yang berada di tangan anggota polis.”

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, pihaknya juga menemui surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) disyaki palsu yang digunakan oleh pasangan ini.

Berikutan daripada kejadian ini, pasangan suami isteri terbabit telah ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago