Connect with us

Politik

Jangan Desak PN Adakan PRU15 Waktu Pandemik – Tajuddin

Mana-mana parti termasuk Umno tidak perlu mendesak kerajaan Perikatan Nasional supaya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam waktu terdekat ini, kata Pengarah Pilihan Raya Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata jika tindakan tersebut diteruskan, ia hanya akan menyukarkan usaha kerajaan dalam memerangi penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

“Seharusnya ahli Umno membantu kerajaan dalam usaha memberi fokus mencegah, memerangi serta mengurangkan risiko kadar kebolehjangkitan virus Covid-19.

“Saya sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno percaya kita semua perlu komited untuk terus membantu kerajaan menjayakan agenda negara dan membebaskan rakyat daripada pandemik ini.

Advertisement



“Peranan jentera pilihan raya Umno di negeri dan parlimen yang bersedia hadapi PRU15 pada waktu ini, seharusnya digembleng untuk membantu kerajaan mengekang Covid-19,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Tajuddin, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, berkata semua pihak perlu fokus kepada isu keselamatan dan kesejahteraan rakyat yang lebih kritikal ketika ini dalam berdepan angka tinggi jangkitan kes positif Covid-19 sekali gus tidak perlu berpolitik sepanjang masa.

Beliau berkata seramai 3.5 juta ahli Umno di seluruh negara boleh digerakkan bagi membantu kerajaan melandaikan lengkung rantaian Covid-19 dan pada masa sama, membolehkan mereka yang terkesan dengan pandemik itu berupaya meneruskan kehidupan seperti sedia kala.



– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel