Connect with us

Global

Bunga Citra Lestari DIsahkan Positif Covid-19

Penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) menerusi Instagram memberitahu bahawa dirinya telah disahkan positif Covid-19.

Selain berkongsi mengenai berita tersebut, Bunga sempat memuat naik beberapa foto mengenai keadaanya ketika berada di sebuah hospital di Indonesia.

“Saya baru dapat keputusan hari ni dan hasil ujian tersebut mendapati saya positif Covid-19. Oleh itu, saya sedang menjalani proses kuarantin. InsyaAllah saya akan sembuh tidak lama lagi.”

Menurut Bunga, dia baru sahaja menerima keputusan swab test hari ini.

Advertisement

Sebagai manusia biasa, dia berasa terkejut dan bertindak dengan segera untuk mengasingkan diri buat sementara waktu bagi menjalani proses kuarantin di rumah.

Bunga turut memberi nasihat kepada masyarakat di luar sana agar sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri daripada terkena jangkitan wabak tersebut.

“Tolong jaga diri sendiri dan keluarga tersayang. Pada masa yang sama, pastikan korang membina sistem imun yang baik. Jangan pandang remeh okay. Semoga kita berjumpa lagi.”

Bunga berkata lagi, wabak ini sangatlah bahaya dan masyarakat perlu pandai menjaga diri.

Tambahnya lagi dia akan kembali pulih tidak lama lagi.

Advertisement

Sumber: Bunga Citra Lestari

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel