Connect with us

Global

Kanada Dakwa Suspek Bunuh Keluarga Islam Atas Tuduhan Pengganas

Suspek lelaki yang disyaki membunuh keluarga Afzaal di kota London, wilayah Ontario baru-baru ini, akan didakwa atas tuduhan pengganas, kata pendakwa raya Kanada di mahkamah pada Isnin.

Menurut Agensi Anadolu, Nathaniel Veltman, 20, sudah berdepan empat pertuduhan iaitu melakukan pembunuhan tahap pertama dan satu pertuduhan cubaan membunuh.

Perdana Menteri Justin Trudeau sebelum ini menyifatkan kejadian itu sebagai “serangan pengganas” apabila suspek melanggar keluarga tersebut dengan sebuah trak lima tan pada petang 6 Jun.

Mangsa dikenali Salman Afzaal berusia, 46, isterinya Madiha Salman, 44, anak perempuan mereka Yumna Salman,15, dan nenek berusia 74 tahun, Talat Afzaal.

Advertisement

Fayez Afzaal, 9, satu-satunya mangsa yang terselamat dan dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius tetapi stabil.

Nathaniel Veltman

Veltman pada Khamis lalu hadir kali kedua ke mahkamah selama beberapa minit melalui sidang video. Kes itu ditangguhkan sehingga suspek mendapatkan peguam, namun pada Isnin menerusi sidang video, tertuduh masih belum mempunyai peguam, lapor CTV News.

Tuduhan membunuh lebih serius daripada keganasan.

Tetapi, Pengarah Bahagian Majlis Muslim Kanada Yusuf Faqari, berkata kepada Global News amat penting untuk melabelkan jenayah itu sebagai tindakan pengganas kerana ia dapat menghalang tragedi sama berulang.

Advertisement

Bernama 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel