Connect with us

Global

Menjelang Malam Perkahwinan Lelaki ‘Kapak’ Muka Tunang, Tinggalkan Mayat Dalam Keadaan Separuh Bogel

Seorang lelaki di Moscow dilaporkan telah bertindak ganas membunuh tunangnya pada malam menjelang perkahwinan mereka.

Lapor The Sun, suspek, 26, yang merupakan agen pelancongan Rusia telah menghentak mangsa sebanyak 83 kali termasuk pada muka.

Menurut portal itu, mayat mangsa telah ditemui di atas katil oleh ibu suspek dalam keadaan separuh bogel dan mengerikan dengan pelbagai luka di seluruh badan, termasuk 83 kesan ‘hentakan’ dipercayai menggunakan objek, tumbukan dan tendangan.

Suspek juga dilaporkan telah menghentak wajah mangsa menggunakan objek yang dipercayai belakang kapak, menyebabkan tengkorak mangsa retak sekaligus mencacatkan wajahnya.

Advertisement

Suspek kemudiannya cuba melarikan diri ke luar negara, namun terhalang disebabkan sekatan akibat pandemik, tambah The Sun.

Pun begitu, suspek dilaporkan telah ditahan di Moscow setelah bapanya memujuk lelaki berkenaan untuk menyerah diri.

Apa yang menyedihkan, mangsa dikatakan telah pun membeli busana perkahwinan mereka, namun dibunuh beberapa hari menjelang majlis.

Susulan kes itu, pasukan penyiasat telah menemubual lima bekas kekasih suspek yang mengesahkan sikap ganas suspek.

Dia dikatakan pernah mengikat seorang wanita dan mengugut untuk mencampak anak wanita tersebut ke luar tingkap.

Advertisement

Namun demikian, bapa suspek menafikan bahawa anaknya merupakan pembunuh.

“Perhatikan kebanyakan pukulan dibuat oleh individu bertangan kanan, dia (suspek) kidal,” katanya.

“Saya fikir sekurang-kurangnya dua lelaki telah melakukan perkara itu,” tambahnya.

Bagaimanapun, rakaman CCTV di lokasi kejadian telah merakam kelibat mangsa dipukul ketika sedang berjalan bersama suspek untuk pulang ke rumah sewa mereka. Malah, tiada orang lain dilihat masuk ke flat berkenaan.

Suspek dipercayai telah keluar daripada rumah tersebut selepas wanita malang itu dibunuh.

Advertisement

Semasa perbicaraan di mahkamah, suspek mengaku tidak bersalah dan mendakwa dirinya tidak mengingati peristiwa berkenaan, tulis The Sun.

Saudara dan kenalan terdekat mereka mendakwa pasangan itu telah lama berhubung selepas berkenalan di tempat kerja. Malah, kedua-duanya dilihat saling menyayangi antara satu sama lain.

Namun, salah seorang rakan berkata, mangsa pernah melaporkan keganasan domestik kepada pihak polis, namun menarik semula laporan itu dan bersetuju menikahi suspek.

Sumber: The Sun

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel