Connect with us

Terkini

Penguat Kuasa PBT Tak Pakai Mask Bakal Dikenakan Tindakan

Pasir Mas: Seorang penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pasir Mas akan dikenakan tindakan oleh polis susulan gambar individu berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika mengenakan kompaun terhadap peniaga di Rantau Panjang yang tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki berkenaan akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Katanya, hasil siasatan pihaknya mendapati lelaki berusia 39 tahun itu bertugas sebagai penguat kuasa PBT di Pasir Mas.

Beliau berkata, polis sedang mengesan kakitangan PBT itu untuk dikenakan tindakan dengan kadar segera, susulan laporan polis dibuat.

Advertisement

“Gambar penguat kuasa itu tular ketika dia mengenakan kompaun terhadap peniaga jalanan yang menjalankan perniagaan di lokasi tidak dibenarkan iaitu berdekatan Masjid Beijing, Rantau Panjang.
“Gambar yang tular menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana penguat kuasa berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika menjalankan tugas.

“Susulan itu, satu laporan polis dibuat bertujuan menjalankan risikan dan siasatan berkaitan gambar yang tular dan mengambil tindakan sewajarnya kepada penguat kuasa terbabit,” katanya.
Terdahulu, tular sejak semalam penguat kuasa berkenaan yang mengenakan kompaun terhadap peniaga jalanan dan pada masa sama dia tidak memakai pelitup muka.

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel