Polis Buka Kertas Siasatan Video Tular PBT Rebut Telefon Penjaja

Baru-baru ini tular di media sosial video pendek memaparkan seorang pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) merebut telefon penjaja kecil. Kejadian tersebut difahamkan berlaku berhampiran sebuah bank di Pasir Mas Kelantan.

Laporan Kosmo! mengesahkan, pihak polis membuka kertas siasatan berhubung rakaman tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir, kertas siasatan dibuka selepas anggota tersebut hadir ke balai polis untuk membuat laporan setelah video viral.

Berdasarkan laporan pegawai PBT terbabit, ketika kejadian dia dan tujuh lagi anggota mengadakan operasi penguatkuasaan terhadap penjaja tanpa lesen yang menyebabkan halangan di tempat awam.

Semasa operasi, seorang penjaja nasi bungkus telah mengeluarkan telefon dan membuat rakaman. Dia bertindak menghalang sebelum berlaku pergelutan di antara mereka.

Advertisement

Pegawai PBT itu telah menghalang lelaki tersebut daripada terus membuat rakaman sebelum berlaku pergelutan antara mereka. Lelaki berkenaan telah mengeluarkan kata-kata kesat selain menghalang anggota PBT menjalankan tugas.

Penjaja itu dipercayai tidak memberi kerjasama apabila anggota penguat kuasa PBT memintanya menyerahkan kad pengenalan untuk mengeluarkan kompaun selepas berniaga di ruang petak tempat letak kereta selain alat pengimbas suhu di gerainya didapati rosak.

Katanya lagi, penjaja berkenaan dipercayai tidak memberi kerjasama apabila anggota PBT meminta kad pengenalan untuk mengeluarkan kompaun.

Sumber: Kosmo!

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

14 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

18 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

23 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago