Connect with us

Jenayah

Rasuah Pinjaman Peribadi RM18 Juta, Seorang Lagi Kakitangan Bank Direman

Seorang lagi kakitangan sebuah bank tempatan direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi berjumlah RM18 juta antara 2018 hingga 2020.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Parvin Hameedah Natchiar terhadap lelaki berusia 35 tahun itu, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di Shah Alam.

Lelaki tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor pada 4.05 petang semalam, selepas diminta hadir untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Mahkamah turut membenarkan permohonan lanjutan reman selama empat hari bermula hari ini, terhadap enam lagi kakitangan bank yang telah direman pada Rabu lepas.

Advertisement

Terdahulu kesemua lelaki itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 9.40 pagi.

Pada 8 Jun lalu, SPRM menahan enam individu yang bertugas di beberapa cawangan bank tersebut di sekitar Lembah Klang.

Menurut sumber SPRM, mereka dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada 110 pinjaman pembiayaan peribadi bernilai lebih kurang RM18 juta.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel