Connect with us

Pilihan Editor

[VIDEO] ‘Minum Air’ – Ronaldo Alihkan Botol Coca-Cola

LONDON: Cristiano Ronaldo membuktikan dia sememangnya seorang pemain yang sentiasa menjaga pemakanan.

Bintang Juventus berusia 36 tahun itu makan makanan berkhasiat sebanyak enam kali sehari bagi memastikan dia mampu bermain pada tahap tertinggi.

Disebabkan itu, tiada ruang untuk gula dalam kamus kerjaya Ronaldo.

Kapten Portugal berkenaan dilihat agak kecewa apabila disajikan dengan minuman botol Coca-Cola ketika sidang medianya menjelang aksi sulung Euro 2020 menentang Hungary yang berlangsung tengah malam ini.

Advertisement

Tindakan bersahaja Ronaldo mencuri tumpuan pemberita yang hadir pada sidang media itu apabila dia mengalihkan botol Coca-Cola yang diletakkan di hadapan mikrofonnya.

Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu kemudiannya menunjukkan sebotol air kepada pemberita dan berkata: “Minum air.” – Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel