Connect with us

Global

[VIDEO] Pesawat Terpaksa Mendarat Cemas Selepas Pramugara Tidak Bertugas Mahu Buka Pintu Pesawat

CALIFORNIA: Seorang kru kabin yang tidak bertugas berbalah dengan pramugara yang sedang bertugas kerana mahu membuka pintu pesawat Delta Air Lines yang melakukan penerbangan dari Los Angeles, California ke Atlanta, Georgia.

Kejadian itu dimuat naik oleh seorang penumpang, Benjamin Curlee dalam akaun TikTok.

Semasa kejadian, kru kabin itu mengambil alih sistem panggilan penumpang (PA) dan membuat pengumuman memeranjatkan kepada semua penumpang.

“Kepada semua penumpang sila bersiap sedia dan memakai topeng oksigen,” katanya sebelum cuba membuka pintu pesawat itu.

Advertisement

Dalam tempoh dua minit selepas itu, Curlee mendengar pengumuman yang disampaikan oleh juruterbang pesawat.

“Semua lelaki yang sihat sila datang ke depan, kerana ada kecemasan,” katanya.

Pesawat Delta Air Lines itu kemudian terpaksa melakukan pendaratan cemas dengan dilencongkan ke bandar Oklahoma.

Advertisement

Penumpang yang mencetuskan masalah itu ditahan oleh petugas keselamatan dan dibawa ke hospital.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel