Warga Emas Positif Covid-19 Larikan Diri Ketika Petugas Kesihatan Tiba Di Rumah Telah Ditemui

Seorang warga emas dilaporkan melarikan diri dari rumahnya di Kampung Kuala Tongod, Kinabatangan ketika kakitangan kesihatan datang untuk membawanya ke hospital kerana positif Covid-19. Memetik laporan BH Online, warga emas berusia 69 tahun itu melarikan diri dari kediamannya bersama bag pakaian kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan iaitu Superintendan Dzulbahaarin Ismail melaporkan sekumpulan petugas dari Klinik Kesihatan Tongod ke rumah warga emas tersebut untuk memaklumkan dan persediaan kepada individu yang disahkan positif Covid-19 untuk dibawa ke Hospital Sandakan bagi proses kuarantin.

Menurut laporan terkini, lelaki berusia 69 tahun itu dilaporkan ditemui penduduk kampung kira-kira jam 6.30 petang, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata lelaki terbabit ditemui bersembunyi di sebuah kebun di kampung terbabit.

Advertisement

Menurutnya, lelaki itu sudah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Tongod untuk tindakan lanjut.

“Lelaki itu sudah ditemui pada petang tadi dan kira-kira jam 6.50 petang kami sudah menyerahkan warga emas berkenaan kepada pihak KKM,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: BH Online

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

14 hours ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

2 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

2 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

2 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

3 days ago

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Orang awam sempat mengajar mangsa yang dihempap pokok yang… Read More

4 days ago