Connect with us

Jenayah

Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Belasah Isteri Sehingga Koma

Seorang wanita pada Mei lalu telah dimasukkan ke hospital selepas cedera parah dipercayai akibat dipukul suami sendiri.

Mangsa yang merupakan kakitangan awam dilaporkan mengalami kecederaan di kepala selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.

Terkini menerusi  Harian Metro melaporkan, tertuduh, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas isteri ketiganya itu.

Tertuduh yang merupakan seorang peniaga, didakwa dengan sengaja mencederakan isteri, Jahidah Nordin. Tertuduh didakwa memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan wanita itu sehingga parah.

Advertisement

Mengikut laporan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin pada 6 pagi, 4 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama. Jika didapati bersalah, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda.

Susulan kes serius sehingga isteri tertuduh dilaporkan koma, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM30,000. Namun tertuduh merayu jaminan dikurangkan kerana menanggung tiga isteri dan tujuh anak.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM7,000 dengan dua penjamin. Tertuduh juga diperintah melapor diri di balai polis berhampiran dan diarahkan tidak mengganggu mangsa. Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 25 Julai depan.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel