Connect with us

Jenayah

Pernah Tular Dakwa Tak Suka Solat, Usahawan Kosmetik Ditahan Pula Kes Pukul Anak

Pernah mengaku tidak suka menunaikan solat, usahawan kosmetik wanita ditahan polis dipercayai akibat memukul anak perempuannya selepas berang dengan status dimuat naik oleh remaja itu di aplikasi WhatsApp.

Menurut laporan Harian Metro, usahawan kosmetik dan suaminya ditahan polis, semalam kerana disyaki memukul anak perempuan berusia 16 tahun selepas berang dengan tindakan remaja itu memuat naik status di WhatsApp.

Kedua-duanya berusia 33 tahun ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada 9.40 malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, susulan penahanan itu pihaknya merampas sebuah telefon bimbit dan sebatang kayu hoki.

Advertisement

Terdahulu katanya, pihaknya menerima laporan daripada mangsa mendakwa dipukul ibu dan bapa tirinya termasuk ditampar.

“Kejadian pada 4.30 petang kelmarin dikatakan berlaku di rumah mereka di Kampung Pauh, Pasir Mas. Mangsa mendakwa hampir dipukul menggunakan kayu hoki, namun sempat melarikan diri sebelum membuat laporan polis.

“Akibat kejadian itu, mangsa cedera di kepala selain mendakwa turut dipukul menggunakan telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kerana suami isteri itu tidak berpuas hati dengan status WhatsApp remaja berkenaan yang mempersoalkan tindakan ibunya mengungkit mengenai harta, selain suspek didakwa memarahi mangsa yang tidak bekerja.

“Semakan polis mendapati status dalam aplikasi WhatsApp itu sudah dipadamkan,” katanya yang memberitahu suami isteri itu tampil menyerah diri dan mengaku memukul mangsa dengan tangan dan tidak menggunakan kayu hoki.

Advertisement

Dalam soal siasat, katanya, mereka juga mengaku marah dengan status yang dimuat naik remaja itu dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 dan 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel