Connect with us

Politik

PM Guna Nama Sebenar Mahiaddin Md Yassin Bukan Lagi Muhyiddin Yassin

Nama rasmi Perdana Menteri Malaysia kini Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, kata memo rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Dr Marzuki Mohamad.

Nama Tan Sri Mahiaddin Md Yassin akan menggantikan penggunaan nama sebelum ini Muhyiddin Yassin bagi semua dokumen formal dan urusan rasmi.

Surat edaran bertarikh 3 Jun 2021 itu mengarahkan semua dokumen rasmi yang memerlukan tanda tangan Perdana Menteri mesti menggunakan ejaan ‘Mahiaddin Md Yassin’ atau ‘Tan Sri Datok Seri Mahiaddin Bin Haji Md Yassin’.

Surat pekeliling berkenaan ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohammad dan arahan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Advertisement

Memo itu adalah susulan daripada Jabatan Peguam Negara yang menasihatkan semua dokumen rasmi perlu menggunakan atau tandatangan nama rasmi Perdana Menteri.

Mahiaddin Md Yasin merupakan nama sebenar seperti dinyatakan dalam MyKad, namun beliau lebih dikenali dengan Muhyiddin.

Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel