Sakit Hati Diminta Bayar Ganti Rugi, Lelaki Bakar Pasar Mini Tempatnya Bekerja

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membakar sebuah pasar mini di kawasan Perumahan Bumi Permata Sudiang (BPS), Kota Makassar, Indonesia pada 10 Jun lalu.

Perbuatan tersebut dipercayai berpunca daripada rasa sakit hati dan kesal kerana diminta untuk membuat ganti rugi selama bekerja di sana, lapor portal Kompas.com.

Dilaporkan, pasar mini itu telah mengalami kerugian dan suspek yang bekerja sebagai ‘supervisor‘ itu diminta untuk membuat ganti rugi sebanyak Rp 6 juta (RM1,700.00). Oleh disebabkan rasa sakit hati, dia datang bersendirian pada suatu malam dan masuk ke dalam gudang pasar mini tersebut.

Menurut Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Sulawesi Selatan, Kombes E Zulpan, suspek dikatakan telah mengambil wang yang bernilai Rp 58 juta (RM16 ribu) di dalam peti besi.

Advertisement

Tambah beliau, pembakaran itu dilakukan bagi menutup perbuatannya yang mencuri. Namun, tindakan suspek berusia 21 tahun itu tetap terbongkar setelah polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Berdasarkan hasil pemeriksaan, Makmal Forensik Polis Daerah Sulawesi Selatan menemukan petrol dan cap jari suspek di lokasi kebakaran.

Dipercayai, suspek telah menutup perlakuannya itu dengan menuangkan petrol di rak lampin bayi, kemudian membakarnya dengan pemetik api seolah-olah itu punca kebakaran.

Menurut polis, kerugian pasar mini tersebut adalah sebanyak Rp 800 juta (RM231,00.00). Penangkapan suspek dilakukan berdasarkan analisis, kerana terdapat rakaman CCTV dan keterangan saksi.

Hasil daripada soal siasat, akhirnya suspek mengaku bahawa itu adalah rancangannya dan dia bertindak secara berseorangan.

Advertisement

Sumber: Kompas.com

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago