Connect with us

Global

[VIDEO] Coca-Cola Terima Tamparan Hebat, Kali Ini Locatelli Pula ‘Malukan’ Penaja Euro 2020

ROME: Coca-Cola terus menerima tamparan hebat apabila Manuel Locatelli menjadi pemain terbaharu yang ‘menghina’ mereka sepanjang kempen Euro 2020 berlangsung.

Beberapa hari selepas Cristiano Ronaldo mencetus kontroversi apabila mengalihkan botol minuman Coke, semalam bintang muda Itali itu meniru tindakan penyerang Portugal tersebut dalam sidang akhbar.

Locatelli yang cemerlang meledak dua gol ketika membantu Itali membenam Switzerland 3-0 awal pagi tadi segera mencari botol air mineral untuk diletak di tengah meja dan mengenepikan minuman Coca-Cola.

Sambil meniru gaya Ronaldo, pemain tengah berusia 23 tahun itu berkata ‘Aqua atau ‘Acqua’ yang bermaksud air minuman! dalam bahasa Itali.

Advertisement

Locatelli menjadi pemain ketiga yang bertindak ‘menyinggung’ penaja dengan mengenepikan botol air mereka yang diletak di atas meja dalam sidang akhbar.

Situasi sama berlaku dalam sidang akhbar melibatkan Paul Pogba. Bintang tengah Perancis itu yang beragama Islam mengalihkan botol bir Heineken.

Tindakan Ronaldo, yang amat mementingkan penjagaan kesihatan telah menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion). – AGENSI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel