Connect with us

Global

Penduduk Terpaksa Menyimpan Wang Di Bank Selepas Takut Wang Mereka Dikebas Toyol

Published

on

JAKARTA – Peristiwa duit hilang dipercayai dicuri toyol membuatkan penduduk Kampung Sindanglaya, Kabupaten Tasikmalaya Jawa Barat terpaksa beralih ke bank untuk menyimpan wang mereka , lapor Suara.com, semalam.

Sejak tiga bulan kebelakangan ini, sebilangan penduduk kampung berdepan misteri kehilangan wang meskipun sudah menyimpannya dengan baik.

“Sejak sebulan lalu, kes wang hilang secara misteri sudah reda tetapi penduduk sudah tidak berani menyimpan duit di rumah dan memindahkan simpanan ke bank berdekatan.

“Jumlah wang hilang kebiasaannya sekitar 300,000 rupiah (RM86) hingga 500,000 rupiah (RM143),” ujar salah seorang penduduk kampung, Hasan.

Tambah Hasan, penduduk yang kehilangan duit juga ada menemui kesan tapak kaki kecil dipercayai toyol  dalam kediaman mereka selepas insiden kehilangan wang simpanan. – Agensi

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending