Connect with us

Global

“Saya Benar-Benar Malu..” Tular Video Menteri UK Mahu Letak Jawatan Kerana Malu Terlewat Datang Ke Parlimen Untuk Jawab Soalan Penting

Tular di media sosial seorang bekas Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain, Michael Bates yang mendapat pujian ramai kerana mempunyai sikap tanggungjawab walaupun kesalahan yang dilakukannya pada ketika itu mungkin dilihat kecil.

Menerusi sebuah video mengenainya yang kini tular di platform TikTok, Bates telah mengejutkan orang ramai pada tahun 2018 kerana membuat keputusan meletak jawatan selepas datang lewat ke sidang Parlimen.

Menurutnya pada ketika itu, dia merasa ‘malu’ kerana gagal datang tepat pada waktunya.

“Saya benar-benar malu..”

Advertisement

“Sepanjang lima tahun berkhidmat untuk kerajaan, saya percaya bahawa kita perlu menjadi contoh yang baik dengan menunjukkan kesopanan dan rasa hormat.

“Saya benar-benar malu kerana lalai dan tidak berada di tempat saya pada waktu yang sepatutnya. Disebabkan itu, saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri dengan segera, saya minta maaf,” katanya.

Detik ‘dramatik’ itu nyata mengejutkan ahli politik daripada parti konservatif dan pembangkang yang berada di situ pada ketika itu.

Beberapa orang di antara mereka juga menjerit ‘Jangan!’ sejurus Bates mengumumkan peletakan jawatan tersebut.

Sebelum itu, ahli Parlimen lain, John Taylor telah menjawab soalan yang sepatutnya dijadualkan untuknya, Bates hanya terlewat beberapa minit sahaja.

Advertisement

Pun begitu, hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak oleh Perdana Menteri Britain pada ketika itu, Theresa May, kerana mengganggap ia hanya kesalahan yang kecil.

Walaupun kejadian tersebut sudah lama, tetapi ia masih lagi diperkatakan. Ia merupakan satu tindakan yang amat jarang dilakukan oleh ahli politik.

@tiktok_bulian♬ suara asli – berita hits

Sumber: Tiktok_bulianCNN

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel