Connect with us

Global

Bunuh & Makan Anak Kucing, Turki Usir Lelaki Jepun Balik Ke Negara Asal

Seorang lelaki warga Jepun yang mengakui telah membunuh dan memakan kucing di daerah Küçükçekmece di Istanbul telah didenda dan menghadapi pengusiran kerana perbuatannya itu, lapor portal Hurriyet Daily News.

“Anak kucing di kawasan itu telah hilang pada baru-baru ini. Kami nampak dia mengambilnya,” kata seorang penduduk tempatan kepada Demirören News Agency pada 15 Jun.

Lelaki itu dilaporkan telah tinggal di daerah tersebut selama tiga tahun. Dia didakwa telah dilihat oleh penduduk tempatan mengambil beberapa anak kucing pada pukul 5 pagi dua hari yang lalu.

Ketika pihak polis menahan lelaki tersebut, dia telah mengakui bahawa dia telah “menculik anak kucing dan memakannya.”

Advertisement

Lelaki tersebut telah didenda sebanyak 10,375 Lira Turki (sekitar RM5,000) dan terus dibawa ke pejabat imigresen untuk dihantar pulang ke negara asalnya.

“Kucing saya telah melahirkan beberapa ekor anak kucing pada dua bulan lalu. Kami menjaga mereka dengan baik. Suatu hari kami perasan mereka telah hilang. Kami masih tidak percaya apa yang telah berlaku kepada kucing kami,” kata,” Yasin Öztürk, penduduk tempatan.

Sumber: Hurriyet Daily News

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel