Connect with us

Global

[FOTO] Unik, Hadiahkan Ayam Hidup Untuk Tarik Warga Emas Terima Vaksin

Pihak berkuasa tempatan sebuah daerah di Jawa Barat di Indoensia menggunakan kaedah unik bagi menarik minat golongan warga emas untuk menerima suntikan vaksinasi, iaitu dengan cara menghadiahkan seekor ayam hidup kepada mereka, lapor portal Coconut.co semalam.

Menerusi inisiatif tersebut, para pegawai polis, pegawai daerah dan petugas kesihatan dari klinik kesihatan komuniti daerah Pacet telah melawat rumah-rumah di daerah tersebut yang didiami oleh warga emas.

Sekiranya mereka bersetuju untuk menerima suntikan pelalian, mereka akan diberikan seekor ayam hidup sebagai tanda ‘kadeudeuh’, yang bermaksud tanda kasih sayang dalam bahasa Sunda.

“Di kawasan ini, warga emas enggan menerima vaksinasi atas beberapa sebab yang serius.

Advertisement

“Disebabkan itu, kami membuat lawatan ke rumah mereka dan menunjukkan tanda penghargaan dengan memberikan ayam kepada yang bersetuju untuk divaksin,” ujar Ketua Sub-Daerah Pacet, Galih Aprian.

Ternyata, inisiatif tersebut berjaya menarik minat kumpulan sasaran dengan seramai 300 warga emas telah mendaftar dalam program vaksinasi dan seterusnya menerima suntikan mereka.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Indonesia, setakat ini, hanya lima peratus daripada populasi keseluruhan negara itu atau kira-kira 8.8 juta penduduk telah menerima dos vaksin lengkap.

Kadar itu amat rendah berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu untuk memberikan vaksin kepada 181.5 juta penduduk menjelang awal tahun 2022. – AGENSI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel