Israel Mahu Jalin Hubungan Dengan Negara Majoriti Muslim Di Asia Tenggara Termasuk Malaysia

Israel dilaporkan mahu menjalinkan hubungan dengan negara-negara majoriti Muslim di Asia Tenggara, meskipun negara-negara tersebut mengutuk kekejaman yang dilakukan Israel terhadap Palestin.

Tiga negara yang majoriti penduduknya adalah Muslim iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia tetap teguh menyokong perjuangan Palestin menuntut hak mereka yang dirampas dan dizalimi oleh Israel.

Dalam serangan Israel terhadap Gaza baru-baru ini, seramai 250 warga Palestin terkorban dan 13 warga Israel dilaporkan terbunuh akibat roket yang dibedil oleh Hamas dan sekutunya.

Duta Besar Israel di Singapura, Sagi Karni berkata, kritikan dari para pemimpin negara Muslim di Asia Tenggara disifatkan tidak jujur dan mengabaikan sifat sebenar dari konflik. Menurut Sagi, pertempuran yang berlaku di antara Israel dan Hamas, bukannya dengan rakyat Palestin.

Advertisement

“Hamas adalah organisasi anti-Semit (suatu sikap permusuhan atau prasangka terhadap kaum Yahudi). Saya tidak percaya, ramai orang yang berdedbat di media sosial benar-benar faham sifat radikal dan fasis Hamas.

“Kami sedia berbincang dan bertemu. Pintu sentiasa terbuka dan saya fikir, tidak begitu sulit nak mencari kami,” katanya kepada Reuters.

Israel mempunyai kedutaan besar di Singapura, Vietnam, Thailand, Filipina dan Myanmar di Asia berbanding Malaysia, Brunei dan Indonesia yang seringkali mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghentikan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Sumber: Reuters

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

2 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

6 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

11 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago