Connect with us

Terkini

Lelaki Rentas Daerah Demi Jumpa Kekasih Sebelum Ditangkap Khalwat

Seorang lelaki sanggup merentas daerah demi bertemu kekasihnya sebelum pasangan berkenaan ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Chain Ferry, Butterworth di sini tengah malam tadi.

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan dalam lingkungan 20-an itu ditahan selepas pihak polis menerima laporan berhubung kegiatan itu ketika mengadakan operasi pematuhan SOP.

Menurut Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor pasangan tersebut diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) untuk siasatan lanjut.

Berikutan kesalahan merentas daerah, kompaun RM 5,000 telah dikeluarkan daripada pihak polis ke atas lelaki berkenaan dan pasangan tersebut ditahan untuk siasatan JAINPP.

Advertisement

Dalam operasi tersebut juga, polis mendapati masih ramai lagi yang ingkar untuk patuh terhadap SOP dimana berkumpul tanpa penjarakan fizikal dengan melakukan aktiviti yang tidak dibenarkan.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel