Connect with us

Global

Tular Video Wanita Rosakkan iPhone, iPad & Macbook Di Apple Store Kerana Berang Tak Dilayan Dengan Baik

Seorang wanita tidak berpuas hati dengan layanan di premis Apple mengundang kemarahannya lalu merosakkan beberapa alat peranti seperti iPhones, iPad dan Macbook sambil diperhatikan oleh kakitangan yang tergamam dengan tindakannya itu.

Menurut polis, kejadian itu berlaku pada jam 8.45 malam, Selasa lalu di sebuah pusat beli-belah di Hong Kong. Siasatan awal mendapati, wanita itu tidak senang dengan sikap kakitangan premis itu.

Video rakaman orangg awam menunjukkan suspek yang memakai topi berjalan di dalam premis itu sambil melempar alat-alat peranti yang diletakkan di meja pameran menyebabkan alat penggera keselamatan berbunyi.

Lapor HK01, suspek turut melempar peranti itu ke seberang kedai. Beberapa alat peranti tersebut dilihat berteraburan di lantai dan selebihnya masih tergantung di meja.

Advertisement

Apabila kakitangan cuba menghalangnya, wanita itu menjerit ‘Jangan sentuh saya!’ dan menyambung semula merosakkan alat-alat peranti itu.

Perbuatan tidak bertanggungjawab suspek menyebabkan premis tersebut menanggung kerugian sebanyak RM77,314.50.

Suspek telah ditahan polis dan akan didakwa kerana atas pertuduhan melakukan jenayah merosakkan barangan dalam premis dan pertuduhan melakukan serangan terhadap seorang kakitangan wanita berusia 48 tahun sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Sumber: HK01

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel