Connect with us

Sukan

Dapat Cucu Perempuan, Cristiano Ronaldo Kini Bergelar ‘Datuk’

JAKARTA – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo kini bergelar seorang datuk apabila anak angkatnya di Indonesia, Martunis Ronaldo menimang cahaya mata sulung, lapor Suara.com, semalam.

Martunis Ronaldo,23, yang juga bekas pemain Kelab Sporting U19, Portugal bertemu pemain kelab bola sepak Juventus itu ketika berusia tujuh tahun selepas terselamat dari nahas tsunami yang melanda Indonesia pada 2004.

Ronaldo bersama Martunis ketika menyertai Kelab Bola Sepak Sporting U19 di Portugal. – Google
Terharu dengan kisah Martunis, Ronaldo yang baru berusia 20 tahun pada ketika itu mengambil keputusan membiayai semua pembiayaan pengajian kanak-kanak itu sekali gus dianggap sebagai anak angkatnya.

Hasil bantuan kewangan Ronaldo, Martunis berjaya mencapai cita-citanya menjadi pemain bola sepak namun bersara pada 2016 kerana kecederaan lutut.

Advertisement

Martunis ketika bertemu Ronaldo buat pertama kali di usia tujuh tahun. – Google
Dia kini bergelar selebriti media sosial yang membuat kandungan YouTube berkaitan dunia bola sepak.

Martunis memuat naik gambar bayi perempuannya di laman Instagram sambil meletakkan foto Cristiano Ronaldo di sisi anak itu.

“Apabila sudah besar, jadikan Cristiano Ronaldo idola anda ya.

“Semoga anda ada peluang untuk bergambar dengan datuk anda suatu hari nanti,” tulisnya. – Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel