Connect with us

Kemalangan

Pemandu Maut Dihempap Jengkaut Dipandu Pada Hari Pertama Bekerja

Seorang pemandu jengkaut yang baru hari pertama kembali bekerja, maut selepas dihempap jentera berat itu yang terbalik di satu kawasan kebun di Jalan Solok Air Besar, Kampung Brisu di Alor Gajah, Melaka hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata ketika kejadian, mangsa, Mohamad Sabirin Umar, 29, dipercayai sedang meratakan tanah pertanian di kawasan berkenaan kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Dia berkata bapa kepada seorang anak berusia setahun lebih itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa ditemukan maut di tempat duduk pemandu jengkaut berkenaan dalam keadaan meniarap dan kepalanya tersepit di bahagian bumbung jentera tersebut.

Advertisement

Mangsa baru memulakan pekerjaan sebagai pemandu jengkaut hari ini setelah lama tidak bekerja kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Arshad berkata mayat mangsa dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berlaku dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk siasatan lanjut serta ujian calitan COVID-19 juga sebelum bedah siasat dilakukan esok.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Melaka Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.52 petang sebelum sampai di lokasi kejadian kira-kira enam minit kemudian dengan satu jentera dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan kekuatan 10 anggota.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa mengambil masa kira-kira 20 minit,” katanya.

Advertisement

-Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel