Connect with us

Politik

Bersatu: Srikandi JB Tidak Bubar Walau Barisan Pimpinan Letak Jawatan

Bersatu Johor Bahru menjelaskan Srikandi Bahagian Johor Bahru tidak dibubarkan seperti tular di media sosial, sebaliknya masih berjalan seperti biasa untuk berkhidmat kepada masyarakat dan parti.

Ketua Bahagian Bersatu Bahagian Johor Bahru Abdull Bakar Ali berkata Bersatu Bahagian Johor Bahru sedia maklum dengan isu perletakan jawatan sebahagian ahli jawatankuasa Srikandi Johor Bahru pada 20 Jun.

Bagaimanapun Abdull Bakar berkata mengikut Perlembagaan parti itu, Srikandi Bahagian Johor Bahru masih relevan dan tidak perlu dibubarkan.

“Fokus Bersatu Bahagian Johor Bahru ketika ini adalah bersama-sama dengan kerajaan Perikatan Nasional dalam memerangi pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisement

Semalam, media melaporkan Pengerusi Tetap Srikandi Bahagian Johor Bahru Masazlina Bachok bersama timbalannya Khairunnisah Ali dan enam ahli jawatankuasa sayap Bersatu bahagian itu mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa 20 Jun.

Abdull Bakar berkata Bersatu Johor Bahru juga menerima surat penarikan peletakan jawatan Ahli Jawatankuasa yang masih ingin bersama Srikandi Bahagian Johor Bahru.

-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel