“Saya Jual Isi, Bukan Kulit” – Peniaga Durian Bersyukur Kongsi Rezeki Tanpa Harga Kayangan

Setiap kali tiba musim durian, foto peniaga Mohd Izzuwan Ismail pasti tular semula di media sosial kerana sikap jujurnya yang menjual tanpa buah tersebut tanpa menimbang kulit.

Terbaru, lelaki berusia 32 tahun itu dan ibunya Sharliza Shahidan yang ditemu bual pihak Harian Metro tidak menang tangan menjual durian di gerai mereka di tepi jalan Batu 15, Jalan UUM-Sintok.

“Saya nak puaskan hati semua pelanggan, saya jual durian dengan cara timbang ulas durian dalam bekas tanpa kulit dan kalau ada yang buruk atau keras, saya gantikan dengan yang baru.”

“Memang sebelum ini berlaku lambakan durian sehinggakan saya tak tahu cara nak puaskan hati pelanggan kerana ada yang teringin nak makan tapi tak mampu nak beli disebabkan harganya mahal,” kata Sharliza.

Advertisement

Menurut wanita berusia 52 tahun itu, dia menjual dengan cara timbangan ulas yang siap dikupas berikutan pelanggan asyik merungut kerana raja buah itu dijual dengan harga kayangan.

Malah Sharliza mengakui, konsep tersebut tidak merugikan sebaliknya berpuas hati kerana semua pelanggan mampu menikmatinya dengan harga yang berpatutan.

Menerusi reaksi di laman Facebook, Mohd Izzuwan mengucapkan syukur kerana sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai untuk merasa tanpa memikirkan soal harga.

Sumber: Harian Metro , FB Mohd Izzuwan

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

16 hours ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

3 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

4 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

5 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

5 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

6 days ago