Connect with us

Terkini

Beberapa Negeri Termasuk Perlis Dijangka Tamatkan ‘Total Lockdown’ Minggu Depan, Beralih Ke Fasa Kedua

Beberapa negeri yang terlibat adalah Perlis, Terengganu dan Kelantan dijangka akan beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada minggu hadapan.

Memetik daripada laporan berita, keputusan untuk menamatkan ‘total lockdown’ di negeri yang terlibat disebabkan kerajaan telah mengambil kira nilai ambang di negeri tersebut berjaya melandaikan hasil perlaksanan PPN ini.

Justeru itu, laporan perincian peralihan di negeri-negeri tersebut sudah dibentangkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini.

Hal ini kerana langkah ini selaras dengan perancangan PPN yang lebih fokus dan bukan pendekatan ‘one-size-fits-all’.

Advertisement

Selain itu, langkah ini juga bagi mengelak negeri-negeri yang menunjukkan perkembangan positif fasa pemulihan tetapi terhalang daripada beralih ke fasa berikutnya kerana kes Coid-19 yang masih tinggi di negeri Selangor.

Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan kerana kes Covid-19 belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 selama tujuh hari sebelum peralihan ke fasa seterusnya dapat dilaksanakan.

Menerusi laporan itu juga menyatakan bahawa langkah ini lebih khusus untuk membolehkan negeri-negeri mencapai nilai ambang peralihan fasa sekali us melonggarkan sekatan pergerakan dan aktiviti ekonomi.

Bagaimanapun, kerajaan juga dijangka mengambil langkah khusus untuk memperketat kawalan pergerakan di negeri Selangor.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel