Connect with us

Pilihan Editor

Polis IPD Sepang Bergegas Hantar Bekalan Makanan Ke Rumah Ini Selepas Terima Aduan Kehabisan Makanan

Pihak polis IPD Sepang menerusi satu perkongsian di akaun Facebook memaklumkan bahawa pihaknya baru sahaja menyampaikan bantuan makanan kepada 14 orang individu di Taman Bunga Raya, Sepang yang telah terputus bekalan makanan.

Pihak IPD Sepang dilaporkan telah menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan berkenaan perkara itu.

Adik kepada wanita tersebut dilaporkan merupakan pekerja kilang bersama dengan yang lain dan telah dikuarantin dalam rumah yang sama.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian IPD Sepang itu seperti berikut:

Advertisement

IPD Sepang, 03 Julai 2021.

Bantuan Kebajikan Makanan Kepada Seramai (14) Orang Yang Kehabisan Bekalan Makanan Oleh IPD Sepang.

Pada 03/07/2021 jam lebih kurang 2010 Hrs, Full Manning IPD Sepang (FM) telah terima panggilan telefon daripada (1) perempuan Melayu memaklumkan bahawa adiknya yang bekerja di sebuah kilang di Bandar Baru Salak Tinggi telah kehabisan bekalan makanan. Turut tinggal bersama adik pengadu ialah seramai (13) orang lagi rakannya. Mereka terdiri dari pekerja kilang yang sama dan telah dikuarantin dalam sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Sepang.

Bertindak atas maklumat tersebut atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab sosial, Ketua Polis Daerah Sepang iaitu YDH ACP Wan Kamarul Azran bin Wan Yusof telah mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan supaya bantuan makanan segera dihantar ke rumah tersebut.

Pada 3/7/2021 jam lebih kurang 2115 Hrs, anggota tugas Unit MPV IPD Sepang (SL 1211) telah sampai ke premis tersebut dan menyerahkan sebanyak (16) bungkus nasi berlauk kepada penghuni rumah.

Advertisement

Wakil penerima mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis IPD Sepang di atas bantuan yang telah diberikan. 

Sumber: Polis IPD Sepang

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel