Connect with us

Pilihan Editor

Parlimen Akhirnya Bersidang Bermula 26 Julai

Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan, tulis Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, mesyuarat itu dirancang dilaksanakan selama 5 hari bermula 26 sehingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat serta 3 hari bermula 3 hingga 5 Ogos bagi Dewan Negara.


Mesyuarat itu bertujuan untuk menerangkan Pelan Pemulihan Negara kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan supaya persidangan Parlimen dapat diadakan secara hibrid.

Advertisement

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh YDPA akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut SOP yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia,” tulis kenyataan itu.

Susulan itu, Nota Jemaah Menteri telah diedar kepada Jemaah Menteri berhubung mesyuarat berkenaan.

Sumber: Muhyiddin Yassin

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel