Polis Buka 2 Kertas Siasatan Terhadap Ronnie Liu

Polis mengesahkan dua kertas siasatan dibuka terhadap Ahli Jawatankuasa DAP Ronnie Liu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Yusri Othman berkata Liu dipercayai melakukan perbuatan itu di pekarangan Mahkamah Raub hari ini semasa prosiding reman terhadap 18 pekebun durian Musang King yang didakwa menceroboh kawasan hutan simpan berlangsung.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 jika dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa merentas negeri ke Raub.

“Walaupun dia boleh merentas negeri sebagai ahli politik namun ia bergantung kepada SOP Majlis Keselamatan Negara,” katanya semasa dihubungi.

Turut kelihatan di pekarangan mahkamah ialah beberapa lagi ahli politik DAP antaranya Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Ahli Parlimen Bentong Wong Tack, Adun Bilut Lee Chin Chen dan Adun Tras Chow Yu Hui.

Advertisement

Mahkamah Majistret Raub membenarkan 18 pekebun berusia lingkungan 17 hingga 60 tahun itu direman sehingga esok bagi membantu siasatan Jabatan Perhutanan Pahang berhubung dakwaan meneroka Hutan Simpan Kekal Batu Talam untuk menanam Musang King.

-Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago