Connect with us

Pilihan Editor

Malaysia Akhirnya Terima Timbalan Perdana Menteri Baharu Berkuat Kuasa Serta Merta

Malaysia akhirnya menerima Timbalan Perdana Menteri baharu dan ia berkuat kuasa serta merta.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Perkara itu diumumkan menerusi Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri bertarikh 7 Julai yang dikongsikan oleh Perdana Menteri di laman Facebook miliknya.


“Pelantikan ini akan dapat membantu YAB Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa kini.”

Dalam perkembangan yang sama, YB Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh YAB Dato Sri Ismail Sabri. YAB Perdana Menteri juga bersetuju supaya Dato’ Seri Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

Sumber: Muhyiddin Yassin

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel