Connect with us

Pilihan Editor

Sempena Ulang Tahun Ke-96, Tun Mahathir Harap Semua Pihak Majukan Malaysia

Dr Mahathir Mohamad yang menyambut ulang tahun ke-96 kelahirannya hari ini mendoakan agar Malaysia dimajukan oleh semua pihak sehingga mencapai matlamat untuk menjadi negara maju.

Bekas perdana menteri itu juga bersyukur kerana diberi masa dan peluang untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

“Saya pohon maaf jika ada yang saya lakukan menyinggung mana-mana pihak,” kata Dr Mahathir dalam catatan Facebooknya yang turut disertakan dengan sebuah video berdurasi lebih seminit memaparkan beberapa peristiwa ketika beliau mentadbir negara.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang menyampaikan ucapan selamat hari lahir kepadanya.

Advertisement

Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri keempat dan ketujuh dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel