Kecewa Diceraikan Suami, Wanita Dalam Pantang Cuba Terjun Dari Rumah Flat

Menerusi perkongsian video oleh seorang lelaki dikenali sebagai Sufri_Jamaluddin di laman TikTok, lelaki ini tampil menceritakan kisah seorang wanita yang dipercayai cuba untuk terjun bangunan.

Kisahnya bermula, apabila pasukan Bomba dan Penyelamat menerima satu panggilan daripada jiran wanita tersebut yang membuat laporan akan tindakannya yang mahu terjun ke bawah.

Bagaimanapun, mangsa ketika itu sama sekali tidak sempat untuk terjun berikutan tindakan pantas yang dilakukan oleh jiran-jirannya.

“Alhamdulillah mangsa tak sempat terjun sebab jiran-jiran sempat halang dan pegang dia.”

Advertisement

Menerusi siasatan awal yang dilakukan, suami kepada wanita itu didakwa menceraikan isterinya yang baru sahaja selamat melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan dua minggu yang lepas.

Apa yang lebih menyedihkan, apabila suaminya juga didakwa melarikan diri bersama anak sulung mereka dan kereta milik mangsa.

“Bila siasat dan tanya jiran-jiran. rupa-rupanya dia baru sahaja diceraikan oleh si suami yang tidak berhati perut. Bila dah cerai, suami mangsi lari tinggalkan mangsa. Dalam masa yang sama, dia bawak lari anak yang sulung bersama kereta mangsa.”

Sumber: Sufri_Jamaluddin

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago