Tular Video Suami Kantoi Curang Bawa Pramugari Ke Rumah Sewa Dicekup Isterinya Yang Sedang Hamil

Viral di media sosial di negara jiran baru-baru ini menunjukkan seorang isteri mencekup suaminya yang bekerja sebagai pramugara curang dengan rakan sekerjanya di rumah sewa mereka.

Video tersebut dimuat naik oleh si isteri yang sedang hamil, Sinta Rizki Dewi Arfiani, pada 21 Julai 2021. Suami dan pasangan curangnya merupakan kakitangan syarikat penerbangan Lion Air.

Si suami, Anoure Aslama, terkedu ketika ditangkap basah menyembunyikan Prillia Berliani, di rumahnya. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa semasa diserbu oleh Sinta dan jirannya yang datang ke rumah.

Difahamkan kejadian itu bermula selepas Sinta berasa curiga dengan tindakan suaminya tidak membuka pintu rumah selepas diketuk selama 20 minit.

Advertisement

Setelah pintu dibuka, Sinta menemui orang ketiga itu di dalam bilik belakang yang biasanya digunakan untuk bersolat. Anoure menegaskan dia tidak curang walaupun bukti sudah ada di depan mata, iaitu Prillia yang berada di dalam bilik tersebut memakai pakaian tidur.

Keadaan menjadi semakin panas apabila jiran-jiran yang lain datang melihat kejadian itu termasuk ketua rukun tetangga. Anoure dan Prillia kemudian keluar dari rumah dengan menunduk malu.

Sinta meminta ketua rukun tetangga membantunya membuat laporan agar kedua-duanya dapat dilaporkan ke pihak Lion Air.

Akibat dari perbuatan tidak bermoral itu, Anoure dan Prillia telah dipecat oleh Lion Air. Padahal, kontrak kerja Anoure aktif sehingga 2022. Manakala, Prillia pula sepatutnya bertugas sehingga 2025.

Sinta juga membatalkan niatnya untuk membawa kes itu kepada pihak berkuasa memandangkan suaminya dan orang ketiga terbabit telah menerima balasannya.

Advertisement

“Alhamdulillah dah dapat balasan setimpal. Tak jadi buat laporan polis, takut hidup dia semakin susah. Yang penting mereka dah dapat balasan,” katanya.

Anoure dan Prillia rupa-rupanya telah lama menjalinkan hubungan dan pernah diberi surat amaran. Rakan sekerja mereka juga menyedari perhubungan Anoure dan Prillia yang tidak seperti rakan biasa.

“Mereka pernah diberi surat amaran sebelum ini, tetapi tidak serik. Malah suami saya berani bawa perempuan itu ke rumah. Semoga pemecatan ini membuatkan mereka serik. Tapi kalau belum serik dan mereka nak berkahwin juga, silakanlah,” kata Sinta.

Sinta sendiri mengaku dia mahu bercerai dengan Anoure kerana lelaki itu sudah tidak lagi memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimanapun, belum ada penjelasan rasmi dari Lion Air berhubung dua kakitangannya itu.

Advertisement

Sumber: Lambe Turah

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

15 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

16 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago