Connect with us

Jenayah

Lelaki Didakwa Rogol Kekasih Bawah Umur Walaupun Mengetahui Dirinya Menghidap HIV

Seorang penghidap HIV mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol remaja bawah umur dipercayai kekasihnya sehingga gadis itu mengandung lima bulan, sekitar Mac lalu.

Tertuduh berusia 24 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol gadis berusia 15 tahun tujuh bulan walaupun mengetahui dirinya menghidap HIV dalam kereta Perodua Kembara di Kampung Laut, Tumpat pada Mac 2021.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 376 (2)(i) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Khuzaimi Mohd. Salleh.

Terdahulu, Hajarul Falenna tidak mencadangkan sebarang jaminan ekoran bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa yang mengandung lima bulan dan kini tinggal bersama keluarganya.

Mohd. Khuzaimi dalam rayuannya pula memohon agar jaminan diberikan kerana tertuduh merupakan pesakit HIV boleh terdedah dengan jangkitan Covid-19 sekiranya dimasukkan ke penjara sepanjang tempoh perbicaraan.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa atau keluarganya selain menetapkan tarikh 17 November depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah.

Advertisement

Sumber: Utusan Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel