“Kepada Yang Masih Tak Puas Hati, Memang Aku…” – Tauke Jambu Mengaku Ditahan Polis Untuk Bantu Siasatan

Pelawak terkenal, Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria akhirnya mengaku bahawa dia ada ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks, baru-baru ini.

Anggota kumpulan Jambu itu membuat pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram Story miliknya dan kemudian diulang siar oleh isteri, Nadia Mohd Effendi, pada petang tadi.

“Kepada yang masih tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut.”

Ahad lalu, pihak polis memaklumkan bahawa seorang pelawak terkenal telah ditahan didakwa terlibat dengan kegiatan pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks di sebuah hotel bertempat di Kuala Pilah.

Sehubungan dengan itu, timbul spekulasi dalam kalangan netizen yang mula ‘memetik’ beberapa nama pelawak termasuklah Tauke Jambu namun dia tampil menafikan sekeras-keras penglibatannya dalam perkara keji itu.

Dilaporkan juga, antara barang dan harta benda yang dirampas dalam serbuan itu adalah sebuah kereta Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, wang tunai serta empat telefon pintar.

Advertisement

Sumber: Utusan Malaysia

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago