Connect with us

Kemalangan

Dua Anggota Polis Maut Ketika Kejar Suspek Lumba Haram

Dua anggota polis yang sedang bertugas dalam Operasi Samseng Jalanan maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung di Lebuh Raya Kajang SILK arah Kajang menghala Putrajaya. Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa dilaporkan terbabit kemalangan ketika mengejar suspek lumba haram.

Memetik laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memaklumkan, kedua-dua anggota maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila seorang anggota berpangkat sarjan berusia 36 tahun yang datang dari arah Kajang sampai di tempat kejadian dan telah berlanggar dengan seorang lagi anggota berpangkat konstable berusia 26 tahun.”

Katanya, sejurus kejadian mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Semua kenderaan yang terlibat dibawa ke Balai Polis IPD Kajang untuk siasatan lanjut. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

“Kedua-dua anggota yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala tersebut maut di tempat kejadian.”

Menurutnya lagi, mangsa yang berpangkat Sarjan bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), manakala rakannya yang berpangkat Konstabel bertugas di Cawangan Jenayah (D4).

Sumber: Kosmo!

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel