JKN Kedah Mohon Maaf Kesilapan Pemberian Dos Kedua Vaksin COVID-19

ALOR SETAR — Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah memohon maaf kepada seorang penerima vaksin COVID-19 dan keluarganya berhubung kesilapan pemberian suntikan dos kedua yang berlaku di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Sik pada 5 Ogos lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr Othman Warijo berkata berdasarkan siasatan pihaknya, kesilapan itu berlaku disebabkan jururawat di PPV berkenaan tidak memeriksa kad suntikan vaksin penerima terbabit sebelum membuat suntikan.

“Kejadian dilaporkan pada 5 Ogos 2021 pada 8.25 pagi di Bilik Suntikan 1, PPV Dewan Al Hana, Sik. Penerima vaksin tersebut adalah seorang wanita berumur 58 tahun yang hadir ke PPV itu untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNtech.

“Kesilapan telah berlaku apabila jururawat kesihatan memberi suntikan vaksin keluaran Sinovac. Kesilapan disedari oleh petugas yang lain dan terus memaklumkan kepada penyelia dan pengurus PPV,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Beliau berkata pada hari tersebut terdapat lebih daripada satu jenis vaksin digunakan di dewan tersebut iaitu sebanyak 1,043 suntikan bagi dos pertama vaksin Pfizer-BioNtech, 141 dos kedua vaksin Sinovac dan 223 dos kedua Pfizer-BioNtech.

Menjelas lanjut, Dr Othman berkata pengasingan dan laluan penerima suntikan ke bilik imunisasi dos pertama Pfizer-BioNtech, dos kedua Pfizer-BioNtech dan dos kedua Sinovac telah dilakukan supaya tidak berlaku kesilapan suntikan vaksin yang berbeza.

Katanya, garis panduan pengendalian vaksin juga sentiasa diberi oleh penyelia jururawat sebelum bermulanya sesi imunisasi setiap hari.
“Jururawat terbabit telah mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan telah memohon maaf secara peribadi kepada penerima vaksin berkenaan. Beliau juga telah diberi teguran, diberi kaunseling dan direhatkan daripada tugasan pada hari tersebut,” katanya.

Dr Othman berkata sejurus kesilapan itu disedari penerima vaksin tersebut telah dirujuk kepada pegawai perubatan untuk kaunseling dan diperjelaskan mengenai kesan sampingan vaksin yang biasa berlaku selepas suntikan.

“Penerima vaksin tersebut menerima baik penerangan yang telah diberikan dan memaafkan jururawat tersebut. Pemantauan telah dibuat terhadap penerima vaksin itu sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Advertisement

Katanya, JKN Kedah prihatin dengan kejadian yang berlaku dan bagi memastikan kesilapan tidak berulang, pematuhan kepada garis panduan pengendalian vaksinasi akan lebih ditekankan kepada petugas-petugas di PPV dan sentiasa dipantau oleh penyelia atau pengurus PPV.

Sumber: BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago