Dah Siap Masak, Rider OTW Nak Hantar, Peniaga Terkilan Kena ‘Game’ Selepas Pelanggan Cancel Order 30 Biji Burger

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, seorang peniaga meluahkan rasa terkilan apabila pelanggan yang memesan makanan dalam kuantiti yang banyak membatalkan pesanan pada saat akhir.

Menerusi perkongsian oleh seorang peniaga burger dikenali sebagai Nusantara Burger di Facebook dia telah menerima pesanan 30 biji burger oleh pelanggan.

Namun ketika sedang perjalanan untuk menghantar semua burger itu, pelanggan membatalkan pesanan.

“First time dapat customer order lewat pada pukul 9.30 malam. Order burger ayam special 15, daging special 15. Elok dalam perjalanan nak COD, terus dia call cancel order sebab lambat.”

Advertisement

Berbicara lebih lanjut, peniaga ini pada mulanya sempat meminta pelanggan tersebut untuk membayar terlebih dahalu namun, pelanggan itu memberikan alasan dan mahu menggunakan kaedah Cash On Delivery.

“Sebelum nak buat, minta suruh transfer. Customer cakap tak ada kad ATM, nak bayar cash. Bertabahlah, mungkin ujian daripada Allah. Rezeki untuk gelandangan.”


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa peniaga burger ini dan ada juga yang mendakwa, itu merupakan taktik yang digunakan oleh pelanggan bagi menjatuhkan perniagaan seseorang itu.

Semoga abang burger ini dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki olehNya. Ameen.

Sumber: Nusantara Burger via Burger Malaysia

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago