Connect with us

Pilihan Editor

Pertemuan Dengan Pimpinan PN Hanya Perjumpaan Biasa – PM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pertemuan beliau dengan beberapa pemimpin utama parti dalam Perikatan Nasional (PN) semalam hanyalah perjumpaan biasa.

“Pertemuan biasa sahaja. Pasal sudah lama tidak jumpa, elok juga… rindu,” katanya secara berseloroh kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengadakan pertemuan kira-kira dua jam dengan beberapa pemimpin utama parti dalam PN di Perdana Putra, Putrajaya.

Antara yang hadir ialah Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg dan Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong.

Advertisement

Ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang petang ini selepas melawat PPV Taman Tamadun Islam, Muhyiddin berkata beliau hanya ingin menziarahi ahli parlimen Marang itu.

“Pasal kita tahu Tok Guru Haji Hadi tidak berapa sihat. Tetapi saya diberitahu Menteri Besar (Ahmad Samsuri Mokhtar) sudah jumpa tadi dan (Abdul Hadi) sudah bertambah sihat.

“Jadi pasal sudah lama tidak jumpa, saya jumpa (Abdul Hadi) semasa di hospital hari itu… mudah-mudahan dia bertambah sihat supaya dapat menjalankan tugas untuk parti dan negara,” katanya.

Pada Jun lepas, Abdul Hadi dimasukkan ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur selepas mengadu tidak sihat.

Tinjauan di kediaman Abdul Hadi di Rusila, Marang petang tadi mendapati kedua-dua pemimpin meluangkan masa kira-kira sejam namun pihak media tidak dimaklumkan mengenai butiran perjumpaan itu.

Advertisement

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel