Connect with us

Politik

Mat Sabu: Hilang Majoriti Sila Letak Jawatan, Memalukan Satu Dunia Menonton

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu bertegas meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berundur dari kerajaan.

Bekas Menteri Pertahanan itu berkata, tindakan tawar-menawar seperti yang dinyatakan Muhyiddin dalam perutusan khas semalam tidak perlu lagi kerana beliau sudah hilang majoriti mentadbir negara.

“Hilang majoriti sila letak jawatan. Tidak perlu lagi untuk tawar-menawar menggunakan jawatan yang sudah tidak sah.

“Memalukan satu dunia menonton,” katanya ringkas dalam satu ciapan di Twitternya malam tadi.

Advertisement

Mengimbas kembali, Muhyiddin dalam perutusan khas semalam menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan (Perikatan Nasional) bersama parti luar kerajaan (pembangkang) jika usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, tawaran tersebut dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik ini bersama sokongan bi-partisan di Parlimen.

Dalam masa sama, kerjasama tersebut dipercayai bagi mengelakkan negara diperintah kumpulan kleptokrat jika konflik politik masih berterusan dan tidak diselesaikan segera.

Difahamkan, perutusan khas itu dibuat berikutan timbul dakwaan tentang status keabsahannya sebagai perdana menteri sudah tiada kerana telah hilang majoriti.

Sumber: Twitter Mohamad Sabu

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel