Connect with us

Terkini

Jadi Tumpuan Media, Kawalan Keselamatan Di Pintu Istana Negara Dikawal Ketat

Kawalan keselamatan di Pintu 2 Istana Negara di sini, dipertingkatkan selepas lokasi berkenaan sekali lagi menjadi tumpuan petugas media dan orang ramai.

Beberapa anggota polis peronda dilihat dikerahkan untuk menjaga aliran trafik dan keselamatan kawasan sekitarnya, susulan kemelut politik negara, seperti dilaporkan Berita Harian.

Malah, kawasan pagar Pintu 2 Istana Negara juga dikawal rapi hampir 10 anggota polis yang dilengkapi senjata.

Petugas media kembali ‘berkampung’ di Istana Negara bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan kedudukan kerajaan.

Advertisement

Setakat jam 10 pagi tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilihat tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum perkembangan terkini kemelut politik.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel