Connect with us

Global

2,000 Hektar Hutan Terbakar Dalam Tempoh 2 Hari, Israel Minta Bantuan Antarabangsa

BAITULMAQDIS – Negara haram Israel pada Isnin meminta bantuan antarabangsa memadamkan kebakaran hutan yang memasuki hari kedua di sebuah kawasan bukit di barat Baitulmaqdis yang dijajah rejim Zionis.

Setakat ini, Greece menyatakan kesediaannya untuk membantu rejim tersebut memadamkan kebakaran hutan.

Itali, Perancis dan lain-lain negara turut dihubungi Israel bagi meminta bantuan memadamkan kebakaran hutan itu.

Hampir 2,000 hektar kawasan hutan terbakar dalam tempoh dua hari di barat Baitulmaqdis, kata seorang Ketua Bomba Kebangsaan dan Penyelamat Israel, Dedi Simchi kepada para pemberita.

Advertisement

Sebanyak 12 pesawat terlibat dalam memadamkan kebakaran itu dengan menggunakan air.

Kira-kira 100 kakitangan bomba turut memadamkan kebakaran itu pada waktu malam.

Simchi berkata, beliau percaya kebakaran hutan itu berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia.

Polis menggunakan pembesar suara untuk meminta penduduk yang tinggal berdekatan dengan lokasi kebakaran supaya berpindah ke tempat selamat. – Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel